23/10/2012

Kenapa KITA perlu ada PERLINDUNGAN?

Entri ini saya tujukan khas buat semua di luar sana dengan niat semoga kefahaman kita tentang ERTI PERLINDUNGAN atau PROTECTION dapat difahami lebih lanjut lagi!

Saya tahu dan amat sedar bahawa tidak semua sahabat-sahabat sekalian termasuklah pembaca blog ini mengerti kenapa pentingnya kita mempunyai PERLINDUNGAN / PROTECTION untuk diri sendiri dan untuk diri insan yang kita sayangi!

Saya pinta amat sangat pada semua pembaca, jangan click "close" lagi untuk entri saya kali ini. 
Bacalah dengan teliti. Ianya saya karang berdasarkan isi hati saya sendiri.
Khas buat semua.

Bila saya approach kawan-kawan ataupun 'strangers' / orang luar, tentang sistem PERLINDUNGAN TAKAFUL ini, agak ramai yang menolak mentah-mentah. Yang paling saya sedih, ramai yang menolak PERLINDUNGAN TAKAFUL ini adalah orang dari golongan medium income to low income!
KENAPA? PELIK!

Ya! Memang pelik kalau difikirkan. Melalui pengalaman saya, salah satu sebab kenapa golongan2 ini bnyak menolak ajakan saya untuk mencarum ke dalam PERLINDUNGAN TAKAFUL ialah KURANGNYA PENGETAHUAN TENTANG ERTI SEBENAR APAKAH TAKAFUL!

Percaya atau tidak. Golongan yang tidak mampu atau cukup-cukup makan lah yang patut tinggi kesedaran mereka dan HARUS dan bertindak sebagai KEPERLUAN untuk mempunyai PERLINDUNGAN TAKAFUL!

PERLINDUNGAN TAKAFUL ini ibarat asset untuk diri kita. 
Asset yang kita sendiri tidak pasti bila kita akan gunakannya.
TETAPI APA YANG PASTI, ASSET KITA INI LAH YANG AKAN MEMBANTU KITA DISAAT KITA MEMERLUKAN!

TAKAFUL hanya boleh diperolehi oleh ORANG YANG MASIH SIHAT TUBUH BADAN SAHAJA!
Orang yang sudah ditimpa kecelakaan / sakit, lupakan sahaja niat anda untuk mempunyai pelan PERLINDUNGAN TAKAFUL ini.

Di dalam kehidupan kita seharian, kita tidak lari daripada bakal musibah / ujian dari ALLAH Taala. Kita tidak seharusnya mengalah, tetapi, di sini, pentingnya kita mempunyai PERANCANGAN AWAL untuk menghadapi musibah tersebut. Apa yang saya maksudkan di sini ialah PERLINDUNGAN. Ianya dipanggil TAKAFUL dari sudut ISLAM.

TAKAFUL tidak merugikan!
Kenapa? Untuk apa saya WAJIB ADA PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL ini?

1. Perlindungan Untuk Diri Sendiri:

Hidup tak semestinya selalu happy dan sentiasa berpelangi!
Alhamdulillah sahabat sekalian, anda mempunyai pekerjaaan yang hebat dan bergaji tinggi.
Namun, saya berikan satu contoh disini. Di suatu hari, anda on the way ke tempat kerja dan nauzubillah, anda mengalami kemalangan yang sangat teruk membuatkan anda LUMPUH SEPARUH BADAN. Anda terpaksa MC berbulan-bulan.
Alhamdulillah, coverage medical benefit yang company anda sediakan mampu menanggung medical bill anda.
TETAPI....sampai bila anda akan MC?
Selepas MC, jika ditakdirkan tidak pulih sepenuhnya lagi, anda terpaksa memohon CUTI TANPA GAJI, kan?
Pada masa itu, anda tidak bergaji lagi.
TAPI! Anda harus sedar, selagi anda masih hidup, anda masih mempunyai hutang ansuran kereta, ansuran rumah, personal loan, bill credit cards, pinjaman pendidikan, duit untuk ibu & ayah , MEDICAL, etc yang harus anda sediakan setiap bulan! Betul, kan?
Jadi, Siapa kah yang akan MENGGANTIKAN TEMPAT ANDA untuk membayar semua perkara di atas?

(Jawablah seikhlas mungkin...)

SOLUSI/ PENYELESAIAN:
SISTEM PERLINDUNGAN TAKAFUL akan melindungi harta anda & membayar liabiliti tertunggak anda seandainya terjadi sesuatu musibah kepada anda! Di samping itu kos rawatan anda akan berterusan di tanggung dibawah perlindungan TAKAFUL sehingga anda meninggal dunia / habis tempoh polisi anda!Masha Allah!


2. Perlindungan Untuk Keluarga:

Anda ialah breadwinner of the family.
Atau konsep bergabung mata pencarian bersama isteri untuk menanggung perbelanjaan rumah anda.
Seandainya terjadi musibah kepada diri anda, maka hilanglah punca pendapatan keluarga anda. 
Jika anda bergabung mata pencarian dengan si isteri, maka hilanglah separuh mata pencarian seisi keluarga anda!
Tak kesian kah kepada isteri & anak-anak yang mungkin terpaksa bekerja lebih masa /  part time untuk mencari mata pencarian tambahan kepada keluarga anda?

Sedarkah anda bahawasanya anda dan isteri sebenarnya dalam keadaan tidak sedar, telah mencipta satu LIFESTYLE untuk famili anda?
Apa dia LIFESTYLE yang saya maksudkan di sini?
Contoh paling senang, setiap hujung minggu, anda dan isteri akan membawa anak-anak untuk beriadah di Kids Gym, seperti contohnya di Kidsport& GYM, makan di restoran setiap hujung minggu, bercuti di dalam negeri, dan sebagainya....

Namun, SEANDAINYA terjadi sesuatu musibah terhadap anda, YAKINKAH anda yang keluarga anda masih MAMPU untuk meneruskan LIFESTYLE yang sedia ada sebelum anda dilanda musibah?
Saya YAKIN, anda TIDAK BOLEH MEMBERI JAMINAN kan?

Saya YAKIN yang isteri & anak-anak anda terpaksa memikirkan bagaimana caranya untuk mencari mata pencarian tambahan & berjimat cermat seadanya!
KESIAN, sungguh!

SOLUSI/ PENYELESAIAN:
SISTEM PERLINDUNGAN TAKAFUL akan melindungi keluarga anda seandainya terjadi sesuatu musibah kepada anda! Famili anda boleh bertahan dengan apa jua lifestyle yang telah anda & isteri set-kan ketika masih sihat sehingga lebih dari 5 tahun lamanya. Insha Allah!

3. Perlindungan Kesihatan Anda!:
Anda akan selamanya sihat?
SEDARKAH anda bahawasanya medical cost sekarang makin tinggi! 
Sekarang ini sudah banyak company-copany besar yang sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan medical benefits untuk staf-staf mereka, akibat makin tidak mampu untuk menanggung beban kos rawatan yang semakin tinggi.
Cuba anda fikirkan, seandainya anda perlu menjalani sesuatu rawatan yang memerlukan cost sebanyak RM100,000.
Mampukah anda mengeluarkan wang sebanyak itu dalam masa yang amat pendek?
Jikalau tidak ada cash sebanyak itu, apa lagi yang mampu anda lakukan? Minta bantuan keluarga?
Tetapi ahli keluarga masing-masing punyai komitmen bulanan mereka sendiri. Masih tidak cukup! 
Habis tu, apa lagi cara untuk mengumpul wang sebegitu banyak dalam masa yang agak pendek? 
MINTA BANTUAN  / DERMA? 
Anda fikir anda siapa untuk orang ramai berikan bantuan secepat mungkin? Lainlah jikalau anda seorang seebriti yang terkenal... (ini real case)...

BUNTU???

SOLUSI/ PENYELESAIAN:
SISTEM PERLINDUNGAN TAKAFUL akan membantu anda membayar wang rawatan anda! Anda tidak lagi susah hati memikirkannya! Insha Allah! Tambahan pula anda boleh memilih dimana jua hospital -hospital pakar swasta yang anda ingin dirawati!


4. Perlindungan Untuk Pendidikan Anak-Anak / Masa Depan Anak Anda!:

Tahukah bahawa tanggungjawab kita adalah untuk memberikan PENDIDIKAN secukupnya kepada anak-anak kita.
Meskipun kita tidak tahu mengajar, namun kita sebagai seorang ibu & ayah seharusnya menyediakan satu platform yang baik untuk anak-anak kita gunakan pada masa hadapan.
Tugas seorang anak pula ialah BELAJAR!
Pada masa sekarang dan di masa akan datang, segala pinjaman pelajaran / biasiswa yang di tawarkan oleh pihak kerajaan ada kemungkinan akan dimansuhkan.. atau diswasta kan... Cuba BAYANGKAN...
Kita berpesan kepada anak-anak kita; 'Belajar rajin-rajin anakku supaya cemerlang di dalam exam akhir nanti!"
Anda hanya setakat BERPESAN kepada anak anda SAHAJA! Dan tiada persediaan yang anda lakukan untuk anak anda!

Bagaimanakah reaksi anda seandainya anak anda bertanya kepada anda setelah berjaya di dalam peperiksaan mereka dengan cemerlang, "Ayah, Ibu, saya sudah mendapat keputusan cemerlang. Bolehkah saya further study saya bersama kawan-kawan di New Zealand, dalam jurusan Medic?"
Anda TERKEDU??

ANAK ANDA SUDAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB NYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR & ANAK!
ANDA PULA? Adakah anda pasti bahawa anda tidak akan menghampakan harapan seorang anak untuk menyambung pelajaran dimana sahaja mereka impikan?????

(Jawablah seikhlas mungkin..)

SOLUSI/ PENYELESAIAN:
SISTEM PERLINDUNGAN TAKAFUL akan membantu anda menyediakan plan pendidikan yang lengkap untuk membiayai kos pengajian anak anda di masa hadapan disamping melindungi diri anak anda daripada risiko musibah yang terjadi. Insha Allah!

5. Perlindungan untuk Hari Tua / Persaraan Anda!:

Kita semua pasti tua....
Nilai persaraan anda, hanya anda sahaja yang mampu menilainya.
Adakah anda mahu bersara sebagai seorang jutawan? ataupun hampir jutawan? Ataupun seorang yang biasa-biasa?

SOLUSI/ PENYELESAIAN:
SISTEM PERLINDUNGAN TAKAFUL akan membantu anda mendapatkan nilai persaraan anda disamping melindungi diri anda seandainya terjadi sesuatu musibah kepada anda atau diwaktu anda memerlukan kos rawatan! 

Saya berharap, dengan penjelasan yang agak straight forward di atas, ianya dapat membantu anda semua untuk lebih memahami, kenapa PERLUNYA kita semua MEMILIKI PERLINDUNGAN /TAKAFUL!

Insha Allah, Anda semua boleh share info ini dengan sahabat-sahabat anda...

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PERLINDUNGAN / TAKAFUL ini, feel free to:-