28/10/2013

Cerita tentang DESK

12-Oct-2013: Hari Sabtu
Mood aku baik.
Bawak budak-budak pagi-pagi buta pukul 8.30am hantarkan papa depa ke Mont Kiara. Aku lupa nama building tu. Oh papa depa ada kelas RFP. Crash Course katenya.

Lepas hantar papa depa, aku decide bawak Khayra & Khalid pi Ikea, ingat nak survey meja study cute-cute untuk depa. Yela, asyik-asyik belajar kat Dining Table. Kesian!

Round punya round kat IKEA tu, ter-sambar:


Cute Study Desk +
3 x Small Kiddos Chairs +
Kids's Tent
=RM 237nett

Aku Happy, Anak-anak?? Melompat super happy.

Kami balik rumah sambil bawak bekal hotdog 3 bijik dari IKEA dengan muka eksen. Hehe

****
Kenapa aku beli Meja Aktiviti buat bebudak ni?

1- Aku inspired dengan sorang homemaker ni, anak-anak depa tak pi skolah, hanya home schooling. Tapi anak-anak depa sangat maju kehadapan + kreatif. WHY?? sebab ibunya suka sangat buat macam-macam aktiviti dengan anak-anak dia kat meja ni. Buat volcano la, painting la, playing cards la, dining  la. macam-macam laaa.

2- Anak-anak aku especially Khayra suka buat homework. So, kalau tak meniarap kat atas lantai or kat meja makan,  memang tak sah.

3- Senang kalau nak buat main Plasticine/ Play dough. Bukan apa, kalau tak, kene bentang tikar getahlaa, paper laa, untuk bagi depa main. Dahla lepas tu nak kene kemas yang melekat-lekat kat karpet or simen tu pulak! Ibaratnya kotor pun kat meje tu saja.

4- Sebab warna meja ni buat aku tertarik dan macam ada aura la pulak untuk duduk dan belajar atau bermain bersama-sama dengan depa. (Klise)

****
So, Hasilnya macam mana??

Alhamdulillah memang berbaloi. 
Segala aktiviti dengan anak-anak aku, memang semuanya di meje hijau ni.

Tak percaya?

Lihat:






Ini pulak gambar depa main dengan khemah


Overall, kami anak beranak memang puas hati & paling tak disangka anak aku ; Khalid, selalu mintak aku bagi dia exercise - belajar angka laa, jawi laaa, macam-macam.

ya! MEMUPUK MINAT BELAJAR BUDAK-BUDAK.

Macam kita juga lah, kalau kita ada personal section sendiri, kita rasa best & boleh bertahan lama berada di situ.
Begitulah dengan kanak-kanak, mereka akan rasa excited dan secara tak langsung mereka tahu, di mana area mereka & hanya disitu jugalah tempat yang  mereka akan lontarkan kreativiti masing-masing!
(ayat ala-ala kaunselor kanak-kanak uols)

Sekian! Coretan saya untuk dikongsi dengan mommies semua!

Oh lupa! pesanan penaja:

Kita sanggup berbuat apa sahaja untuk anak-anak. 
Tapi, sudahkah kita berbuat benda yang paling penting untuk masa depan anak-anak?

Sudah lindungi anak-anak dengan TAKAFUL??

-Diyana Rahman-