27/01/2013

Vision Board

Bismillah.

Pernah dengar pasal Vision Board?
Tak pernah? Takper takper.

Vision Board ni seakan gambaran yang realiti terhadap IMPIAN kita.
Yelah kan. Impian biasanya kita hanya simpan di dalam fikiran kita sahaja.
TAPI, dengan melalui kaedah Vision Board ini, kita luahkan kepada reality life.

Contoh-contoh Vision Board;

Haa, cuba tengok contoh di atas. Ada yang nak jadi leader, ada yang nak jadi macam Oprah (berjaya macam Oprah or rupa cam Oprah ni.. teeheee..) dan macam-macam lagi.

Biasanya untuk membuat Vision Board sekeping macam ni, bukan lah semudah yang disangka ye kawan-kawan.

1. Mula-mula, kita kene duduk diam-diam and sketch kan dalam kertas biasa, apa yang kita nak sebenarnya. How do you see yourselves in 3 years time or 5 years time?
2. Ambil kertas mahjung or manilakad, dan gamkan semua gambar-gambar impian kita (gambar-gambar boleh dicari di internet, di majalah, akhbar, dlln.)
Semasa kita melakukan aktiviti ni, pastikan kita berada dalam keadaan yang tenteram dan tidak tertekan...Ambil masa untuk menghayatinya.
3. Apabila siap, tampalkan di suatu tempat yang memang mudah untuk kita sentiasa lihat. Kat depan katil kita ke? Kitchen ke? Asalkan tempat tersebut memang mudah untuk kita selalu lihat...
Bila kita selalu melihat Vision Board ni, kita seakan-akan mendoakan dan attract supaya ianya pasti berlaku dan menjadi kenyataan. Inshaa Allah. Kita seakan-akan melatih minda separa sedar kita untuk menjadikan Impian kita ini sebagai sesuatu yang Realiti pada suatu hari nanti! Minda separa sedar kita ni sebenarnya ada bnyaaaaakkkkk potensi. Salah satunya, ia memang berupaya untuk memastikan segala tingkahlaku kita akan cenderung earah apa yang kita inginkan....
4. Lastly, jangan lupa buat / tulis satu jurnal setiap hari untuk ceritakan apa yang berlaku dan perubahan yang positif terjadi kepada kita.

Jangan takut untuk BERIMPIAN. IMPIAN itu adalah pemberian mahal dari Allah untuk hamba-Nya tanpa perlu kita membayarnya!

Jika kita MAMPU untuk berimpian, kita juga MAMPU untuk MEREALISASIKAN IMPIAN tersebut, sebenarnya!

P/S: saya dalam process nak siapkan Vision Board saya !
xoxo
-Diyana Rahman-