27/01/2013

Vision Board

Bismillah.

Pernah dengar pasal Vision Board?
Tak pernah? Takper takper.

Vision Board ni seakan gambaran yang realiti terhadap IMPIAN kita.
Yelah kan. Impian biasanya kita hanya simpan di dalam fikiran kita sahaja.
TAPI, dengan melalui kaedah Vision Board ini, kita luahkan kepada reality life.

Contoh-contoh Vision Board;

Haa, cuba tengok contoh di atas. Ada yang nak jadi leader, ada yang nak jadi macam Oprah (berjaya macam Oprah or rupa cam Oprah ni.. teeheee..) dan macam-macam lagi.

Biasanya untuk membuat Vision Board sekeping macam ni, bukan lah semudah yang disangka ye kawan-kawan.

1. Mula-mula, kita kene duduk diam-diam and sketch kan dalam kertas biasa, apa yang kita nak sebenarnya. How do you see yourselves in 3 years time or 5 years time?
2. Ambil kertas mahjung or manilakad, dan gamkan semua gambar-gambar impian kita (gambar-gambar boleh dicari di internet, di majalah, akhbar, dlln.)
Semasa kita melakukan aktiviti ni, pastikan kita berada dalam keadaan yang tenteram dan tidak tertekan...Ambil masa untuk menghayatinya.
3. Apabila siap, tampalkan di suatu tempat yang memang mudah untuk kita sentiasa lihat. Kat depan katil kita ke? Kitchen ke? Asalkan tempat tersebut memang mudah untuk kita selalu lihat...
Bila kita selalu melihat Vision Board ni, kita seakan-akan mendoakan dan attract supaya ianya pasti berlaku dan menjadi kenyataan. Inshaa Allah. Kita seakan-akan melatih minda separa sedar kita untuk menjadikan Impian kita ini sebagai sesuatu yang Realiti pada suatu hari nanti! Minda separa sedar kita ni sebenarnya ada bnyaaaaakkkkk potensi. Salah satunya, ia memang berupaya untuk memastikan segala tingkahlaku kita akan cenderung earah apa yang kita inginkan....
4. Lastly, jangan lupa buat / tulis satu jurnal setiap hari untuk ceritakan apa yang berlaku dan perubahan yang positif terjadi kepada kita.

Jangan takut untuk BERIMPIAN. IMPIAN itu adalah pemberian mahal dari Allah untuk hamba-Nya tanpa perlu kita membayarnya!

Jika kita MAMPU untuk berimpian, kita juga MAMPU untuk MEREALISASIKAN IMPIAN tersebut, sebenarnya!

P/S: saya dalam process nak siapkan Vision Board saya !
xoxo
-Diyana Rahman-

18/01/2013

Iklan Sentap Untuk Ibu, Bapa & Anak!

Siapa yang pernah lihat iklan ni.

Fahamilah apa yang ingin disampaikan.

Sediakan yang secukupnya buat insan yang kita sayangi...



Jom prepare something worth untuk anak-anak kita & pasangan kita seandainya perkara sebegini berlaku.

Jazakallah

-xoxo-
Diyana Rahman

Apa Perkara Best Berlaku hari ni?

Salam 'Alaik.

Pepagi buta camni, I taknak citer panjang.
Mata I dah makin berpinar tahan mengantuk! Di skrin sekarang pukul 01:17am!
(siapa suruh layan Maharaja Lawak 2012 final!)

I nak share something kat sini.
Tentang apa benda best yang berlaku pada harini kepada diri kita sendiri!
Cuba list kan 10-perkara best yang berlaku pada harini kepada diri kita sendiri?
Or kalau susah, 5-perkara best yang berlaku pada harini kepada diri kita sendiri?
(sila list-kan dalam masa 1minit)

Boleh penuhkan list tu?
Mesti takkan penuh punya!

Kenapa?

Okay, Cuba list kan 10-perkara teruk yang berlaku pada harini kepada diri kita sendiri?
Mesti lebih dari 10 perkara kita boleh list down kan! Betul tak?

Kenapa I mitak korang buat cam gini?
=Sebab nak latih diri kita untuk melihat ke arah Kebaikan instead of Keburukan!

Jikalau kita train brain kita ni, sentiasa meihat kesusahan, memang kita akan sentiasa hadapi kesusahan! mana taknya, orang overtake kereta kita pun kita akan rasa satu kesusahan dah!

Small issues kita jadikan big issues!

Think Big! Think Big!

Setiap malam, sebelum kita tidur, take 10mins untuk berfikir. Apa yang patut kita improve keesokan harinya.
Istighfar sebanyak mungkin. Ucapkan Alhamdulillah sebanyak mungkin.

Inshaa Allah.

Jazakallah
-xoxo-

13/01/2013

New Year 2013

Yeay! Sudah masuk ke tahun baru New Year 2013.
Alhamdulillah!

Readers semua.. apa cerita? 
Azam baru atau masih maintain dengan azam lama?

Well, Azam baru atau lama, itu bukan masaalah nya.
Kepada yang berazam BARU, berusahalah untuk mencapai azam tersebut seperti yang telah anda capai pada azam tahun lepas.

Kepada yang masih maintain dengan azam LAMA, don't worry! It doesn't matter.
Why? Maybe belom mencapai 100% keputusan lagi, sebab tu lah azam yang lama tu terpaksa di-extend kan. Betul tak?

No matter what, Azam Baru atau Lama... Make sure that setiap azam yang kita ingin capai itu semuanya kenalah Measurable. Meaning that you have to make sure that Azam tu memang ada timeline dan very detail perancangan nya. Lain kata ialah : Jangan Syok Sendiri. :)

Ada terbaca satu artikel ni. 
If anda ingin memastikan AZAM anda 80% berjaya, carilah seorang kawan yang boleh kita share azam dengannya dan make sure beliau dapat remind kita seadanya. So that, kita akan terasa malu jika hanya bersikap hangat-hangat ta** ayam kan...

Oh yea! Satu lagi. 
If cara yang paling senang sekali untuk pledge ialah....Post it to your FB wall!!
Seriously ia akan membuatkan anda terasa yang yang anda dah umumkan kepada semua orang (atau lebih syok lagi - satu dunia).
Nak tak nak, anda harus pastikan yang anda memang harus achieve all those resolutions!
Good luck all!

Kena berani bertindak! Okay!

Wish you all the best okay! Ameen! Inshaa Allah!