28/10/2013

Cerita tentang DESK

12-Oct-2013: Hari Sabtu
Mood aku baik.
Bawak budak-budak pagi-pagi buta pukul 8.30am hantarkan papa depa ke Mont Kiara. Aku lupa nama building tu. Oh papa depa ada kelas RFP. Crash Course katenya.

Lepas hantar papa depa, aku decide bawak Khayra & Khalid pi Ikea, ingat nak survey meja study cute-cute untuk depa. Yela, asyik-asyik belajar kat Dining Table. Kesian!

Round punya round kat IKEA tu, ter-sambar:


Cute Study Desk +
3 x Small Kiddos Chairs +
Kids's Tent
=RM 237nett

Aku Happy, Anak-anak?? Melompat super happy.

Kami balik rumah sambil bawak bekal hotdog 3 bijik dari IKEA dengan muka eksen. Hehe

****
Kenapa aku beli Meja Aktiviti buat bebudak ni?

1- Aku inspired dengan sorang homemaker ni, anak-anak depa tak pi skolah, hanya home schooling. Tapi anak-anak depa sangat maju kehadapan + kreatif. WHY?? sebab ibunya suka sangat buat macam-macam aktiviti dengan anak-anak dia kat meja ni. Buat volcano la, painting la, playing cards la, dining  la. macam-macam laaa.

2- Anak-anak aku especially Khayra suka buat homework. So, kalau tak meniarap kat atas lantai or kat meja makan,  memang tak sah.

3- Senang kalau nak buat main Plasticine/ Play dough. Bukan apa, kalau tak, kene bentang tikar getahlaa, paper laa, untuk bagi depa main. Dahla lepas tu nak kene kemas yang melekat-lekat kat karpet or simen tu pulak! Ibaratnya kotor pun kat meje tu saja.

4- Sebab warna meja ni buat aku tertarik dan macam ada aura la pulak untuk duduk dan belajar atau bermain bersama-sama dengan depa. (Klise)

****
So, Hasilnya macam mana??

Alhamdulillah memang berbaloi. 
Segala aktiviti dengan anak-anak aku, memang semuanya di meje hijau ni.

Tak percaya?

Lihat:






Ini pulak gambar depa main dengan khemah


Overall, kami anak beranak memang puas hati & paling tak disangka anak aku ; Khalid, selalu mintak aku bagi dia exercise - belajar angka laa, jawi laaa, macam-macam.

ya! MEMUPUK MINAT BELAJAR BUDAK-BUDAK.

Macam kita juga lah, kalau kita ada personal section sendiri, kita rasa best & boleh bertahan lama berada di situ.
Begitulah dengan kanak-kanak, mereka akan rasa excited dan secara tak langsung mereka tahu, di mana area mereka & hanya disitu jugalah tempat yang  mereka akan lontarkan kreativiti masing-masing!
(ayat ala-ala kaunselor kanak-kanak uols)

Sekian! Coretan saya untuk dikongsi dengan mommies semua!

Oh lupa! pesanan penaja:

Kita sanggup berbuat apa sahaja untuk anak-anak. 
Tapi, sudahkah kita berbuat benda yang paling penting untuk masa depan anak-anak?

Sudah lindungi anak-anak dengan TAKAFUL??

-Diyana Rahman-

17/06/2013

I will not JEOPARDIZE my children's future!

Before nak getting married, TERUJA sangat, kan?
Sudah kahwin, Alhamdulillah rezeki mengandung pulak.

Happy sungguh hati kita, kan?
(Betul! Memang Happy! Feels like hidup ni dah almost complete ,kan?)

After 9-Months, lahirlah baby kita yang super-duper comel, kan?
Muka iras hubby or wifey… 

Ada husband, anak wife, ada baby .
What a complete family structure that we have blessed by ALLAH!
Masha Allah!

But then kita tau kan yang HIDUP NI MEMANG TAK BOLEH NAK JANGKAKAN our future, kan?

Setiap manusia yakin bahawa adanya MATI.

Okay, memang mati is the end of our life in this world. But , that is for our life.
How about anak-anak kita yang terpaksa ditinggalkan?
Ada kawan saya, anak baru jer berumur 4 tahun, IBU& BAPA meninggal dunia disebabkan accident on the way to office.
Ada kawan saya, anak baru jer berumur 7 bulan, IBU meninggal dunia akibat Cancer.

LIFE IS TOTALLY UNPREDICTABLE.

Anak-anak yang kita tinggalkan tu nak dibesarkan oleh siapa?
Ada kah manusia lain yg mampu nak jaga anak-anak kita itu?
(Boleh, uncle /unties depa boleh jaga…)
Boleh memang boleh jaga, tapi ala kadar lah kan?
Mereka pun ada TANGGUNGAN keluarga sendiri. Tak boleh nak harapkan belas orang sahaja.

Berbeza tak kalau ;
“Anak yang kita tinggalkan tanpa APA-APA SUMBER KEWANGAN?”
Vs
“Anak yang kita tinggalkan DENGAN SUMBER KEWANGAN YANG CUKUP tanpa membebankan si penjaga?”

Lain benar bunyinya kan?
But that is REALITY!

Dengan meninggalkan sumber kewangan/ financial yang cukup, Inshaa Allah masa depan anak kita boleh terjamin.

Tidak perlu bimbang lagi tentang;
a) Makan Pakai mereka..
b) Sakit demam mereka..
c) Kos pembelajaran /persekolahan mereka..
..Walaupun KITA SUDAH TIADA disisi mereka lagi……

Untuk yang belom sedar lagi ;

TAHUKAH Anda : 

Walaupun baru 3 BULAN KITA mencarum didalam Akaun Simpanan PruBSN Takaful ini dengan serendah RM4.00sehari,
seandainya terjadi MUSIBAH (kematian/ cacatkekal/ Penyakit Critical) kepada kita,
KITA TIDAK PERLU TERUS MENCARUM LAGI, malah, PRUDENTIAL yang akan menyambung bayaran kita secara percuma!!
MALAH, segala benefits still berterusan seadanya…….


PM ~ Diyana @ 019-277.1053 untuk penerangan / quotation FREE!




08/03/2013

Children is a Form of Trust from Allah!




TAHUKAH ANDA!

Anak-anak kita adalah amanah dari Allah. 
Pastikan masa depan mereka terjamin walaupun kita telah tiada. 
Jangan hiraukan message ini jika anda sudah pastikan persediaan untuk anak2 anda!

TAHUKAH ANDA!

Dengan feature "Auto-save" dari Pelan Simpanan Anak anda di Prudential Bsn Takaful, 
akaun anak-anak akan secara AUTOMATIK terisi dengan PERCUMA sehingga beliau berumur 25 tahun...sekiranya beliau kehilangan anda atau anda sudah tidak mampu bekerja lagi!

PM ~ Diyana @ 019-277.1053 untuk penerangan / quotation FREE!




07/03/2013

Sesal Kemudian...Tak berguna.


Cerita di bawah ni panjang sikit. But really touched my heart. Let's read......


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila..." keluhnya...akhirnya dia terlena di sofa.
----------------------------------------------------------------------------
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak?"
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu!"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu, malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa...! Lama sangat kita tak ke mana-mana." 
"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa..." 
"Takpe...pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan...bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma...
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." 
----------------------------------------------------------------------------------
"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah, saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. 
"Papa banyak kerja agaknya. Dah, makan." 
"Abang tak suka tengok papa marah-marah." 
"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?" 
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila..." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat. 
----------------------------------------------------------------------------------
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu." 
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?" 
Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. 
"Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan.
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, pecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan, malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka. 
-----------------------------------------------------------------------------------
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!" 
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya.
Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B, walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
"Laila..." 
--------------------------------------------------------------------------------------------
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. " Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam. Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah..."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." 
"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya, Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam... Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. 
Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa... "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi...
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan...

11/02/2013

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Salam 'Alaik.

Di bawah, saya ingin berkongsi 7 amalan sunnah Rasulullah S.A.W. Jom bersama-sama kita beramal.


08/02/2013

04/02/2013

Kisah Ayah yang Sayangkan Anaknya!


(Cerita Benar)



Banyak kali appointment saya utk berjumpa & share tentang program ini dengan Seorang client saya ni tertangguh.

Akhirnya bila berjumpa & saya terangkan tentang faedahnya, beliau mengambil Medical Card untuk Satu-satunya anak beliau.

Saya minta beliau dapatkan untuk isterinya juga. Tetapi dek kerana komitment beliau yang tinggi, hanya mampu untuk allocation anaknya sahaja.

Gaji beliau ibarat di paras kemiskinan kota dan 1 man show di dalam family. Tetapi beliau tahu betapa pentingnya Medical Card utk anak beliau.

Tak sampai 5 bulan memegang Medical Card, beliau diuji dengan anak beliau demam panas yang melampau. Kelam kabut pergi ke klinik. Tapi tak kebah2. Pada masa itu beliau hubungi saya utk bertanya tentang penggunaan Medical Card kerana baginya Apa yang Penting ialah Treatment Terbaik utk Anak nya yg berumur 1 tahun itu.

Alhamdulillah, selepas 4 hari di Pusat Pakar Perubatan Swasta di KL,anaknya sembuh! Layanan tiptop. Tiada komplen pun.

Beliau bersyukur lebih-lebih lagi bila melihat bill yang mencecah Rm3k lebih yang ditanggung oleh Prudential Bsn Takaful melalui Medical Card itu.

Satu ayat dari beliau yang takkan saya lupakan ," Kalau tak ada Medical Card ini, puteri saya mungkin tak akan dapat rawatan sebaik ini dan saya pun takkan mampu untuk bawa dia ke hospital sebegini. Awak faham2 sajalah kemampuan saya."

Baru-baru ini, saya dapat call dari beliau lagi. Beliau outstation dan dibawa bersana anak & isteri. Puteri beliau terkena jangkitan virus di dalam perut dan terus dimasukkan ke hospital pakar di negeri tersebut.

"Terima kasih kerana introduce kan saya dengan PruBsn Takaful ini. Anak saya boleh mendapatkan rawatan pakar di mana-mana sahaja . Terima kasih."

Saya berniat nak berkongsi tentang faedah yang terbaik untuk keluarga anda.

Pm Diyana@ saya dan dapatkan yg TERBAIK utk anak & keluarga anda!
(Free penerangan & quotation untuk anda)

Sila klik link di bawah & LIKE. Terima Kasih.

I LOVE MY FAMILY

Wassalam
-Diyana Rahman-

27/01/2013

Vision Board

Bismillah.

Pernah dengar pasal Vision Board?
Tak pernah? Takper takper.

Vision Board ni seakan gambaran yang realiti terhadap IMPIAN kita.
Yelah kan. Impian biasanya kita hanya simpan di dalam fikiran kita sahaja.
TAPI, dengan melalui kaedah Vision Board ini, kita luahkan kepada reality life.

Contoh-contoh Vision Board;

Haa, cuba tengok contoh di atas. Ada yang nak jadi leader, ada yang nak jadi macam Oprah (berjaya macam Oprah or rupa cam Oprah ni.. teeheee..) dan macam-macam lagi.

Biasanya untuk membuat Vision Board sekeping macam ni, bukan lah semudah yang disangka ye kawan-kawan.

1. Mula-mula, kita kene duduk diam-diam and sketch kan dalam kertas biasa, apa yang kita nak sebenarnya. How do you see yourselves in 3 years time or 5 years time?
2. Ambil kertas mahjung or manilakad, dan gamkan semua gambar-gambar impian kita (gambar-gambar boleh dicari di internet, di majalah, akhbar, dlln.)
Semasa kita melakukan aktiviti ni, pastikan kita berada dalam keadaan yang tenteram dan tidak tertekan...Ambil masa untuk menghayatinya.
3. Apabila siap, tampalkan di suatu tempat yang memang mudah untuk kita sentiasa lihat. Kat depan katil kita ke? Kitchen ke? Asalkan tempat tersebut memang mudah untuk kita selalu lihat...
Bila kita selalu melihat Vision Board ni, kita seakan-akan mendoakan dan attract supaya ianya pasti berlaku dan menjadi kenyataan. Inshaa Allah. Kita seakan-akan melatih minda separa sedar kita untuk menjadikan Impian kita ini sebagai sesuatu yang Realiti pada suatu hari nanti! Minda separa sedar kita ni sebenarnya ada bnyaaaaakkkkk potensi. Salah satunya, ia memang berupaya untuk memastikan segala tingkahlaku kita akan cenderung earah apa yang kita inginkan....
4. Lastly, jangan lupa buat / tulis satu jurnal setiap hari untuk ceritakan apa yang berlaku dan perubahan yang positif terjadi kepada kita.

Jangan takut untuk BERIMPIAN. IMPIAN itu adalah pemberian mahal dari Allah untuk hamba-Nya tanpa perlu kita membayarnya!

Jika kita MAMPU untuk berimpian, kita juga MAMPU untuk MEREALISASIKAN IMPIAN tersebut, sebenarnya!

P/S: saya dalam process nak siapkan Vision Board saya !
xoxo
-Diyana Rahman-

18/01/2013

Iklan Sentap Untuk Ibu, Bapa & Anak!

Siapa yang pernah lihat iklan ni.

Fahamilah apa yang ingin disampaikan.

Sediakan yang secukupnya buat insan yang kita sayangi...



Jom prepare something worth untuk anak-anak kita & pasangan kita seandainya perkara sebegini berlaku.

Jazakallah

-xoxo-
Diyana Rahman

Apa Perkara Best Berlaku hari ni?

Salam 'Alaik.

Pepagi buta camni, I taknak citer panjang.
Mata I dah makin berpinar tahan mengantuk! Di skrin sekarang pukul 01:17am!
(siapa suruh layan Maharaja Lawak 2012 final!)

I nak share something kat sini.
Tentang apa benda best yang berlaku pada harini kepada diri kita sendiri!
Cuba list kan 10-perkara best yang berlaku pada harini kepada diri kita sendiri?
Or kalau susah, 5-perkara best yang berlaku pada harini kepada diri kita sendiri?
(sila list-kan dalam masa 1minit)

Boleh penuhkan list tu?
Mesti takkan penuh punya!

Kenapa?

Okay, Cuba list kan 10-perkara teruk yang berlaku pada harini kepada diri kita sendiri?
Mesti lebih dari 10 perkara kita boleh list down kan! Betul tak?

Kenapa I mitak korang buat cam gini?
=Sebab nak latih diri kita untuk melihat ke arah Kebaikan instead of Keburukan!

Jikalau kita train brain kita ni, sentiasa meihat kesusahan, memang kita akan sentiasa hadapi kesusahan! mana taknya, orang overtake kereta kita pun kita akan rasa satu kesusahan dah!

Small issues kita jadikan big issues!

Think Big! Think Big!

Setiap malam, sebelum kita tidur, take 10mins untuk berfikir. Apa yang patut kita improve keesokan harinya.
Istighfar sebanyak mungkin. Ucapkan Alhamdulillah sebanyak mungkin.

Inshaa Allah.

Jazakallah
-xoxo-

13/01/2013

New Year 2013

Yeay! Sudah masuk ke tahun baru New Year 2013.
Alhamdulillah!

Readers semua.. apa cerita? 
Azam baru atau masih maintain dengan azam lama?

Well, Azam baru atau lama, itu bukan masaalah nya.
Kepada yang berazam BARU, berusahalah untuk mencapai azam tersebut seperti yang telah anda capai pada azam tahun lepas.

Kepada yang masih maintain dengan azam LAMA, don't worry! It doesn't matter.
Why? Maybe belom mencapai 100% keputusan lagi, sebab tu lah azam yang lama tu terpaksa di-extend kan. Betul tak?

No matter what, Azam Baru atau Lama... Make sure that setiap azam yang kita ingin capai itu semuanya kenalah Measurable. Meaning that you have to make sure that Azam tu memang ada timeline dan very detail perancangan nya. Lain kata ialah : Jangan Syok Sendiri. :)

Ada terbaca satu artikel ni. 
If anda ingin memastikan AZAM anda 80% berjaya, carilah seorang kawan yang boleh kita share azam dengannya dan make sure beliau dapat remind kita seadanya. So that, kita akan terasa malu jika hanya bersikap hangat-hangat ta** ayam kan...

Oh yea! Satu lagi. 
If cara yang paling senang sekali untuk pledge ialah....Post it to your FB wall!!
Seriously ia akan membuatkan anda terasa yang yang anda dah umumkan kepada semua orang (atau lebih syok lagi - satu dunia).
Nak tak nak, anda harus pastikan yang anda memang harus achieve all those resolutions!
Good luck all!

Kena berani bertindak! Okay!

Wish you all the best okay! Ameen! Inshaa Allah!