10/03/2014

World shocked Tragedy in Malaysia

Subhanallah! Mashaa Allah! Allahuakbar!

Sabtu, 07 Mac 2014 (am)
Terkejut apabila buka Facebook, nampak pelbagai komen & status tentang “missing aircraft”
Saya ingat, mungkin ini adalah sindiran-sindiran yang saya terlepas pandang dan sarcastic.
Tapi ternyata semua nya salah!

Ini REAL!
Flight MH370, dari Kuala Lumpur ke Beijing = HILANG dari RADAR!

La haulawalaquwwataillabillah!



Sungguh terkesan dihati ni apabila melihat saudara mara yang terdekat dipanggil ke airport bagi menunggu laporan semasa dari MAS.
Mereka nampak bingung & sayu!

Press Conference daripada pihak MAS dan kerajaan pula dijangka akan terus menerus berlangsung dalam masa yang ditetapkan untuk sebarang maklumat terkini.


Namun, seharian saya di depan television, tiada yang pasti di ketemui dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang ini!

Allahuakbar!

Pada saat sekarang,  saya menulis blog ini, masih tiada informasi terkini tentang di mana kah lokasi MH370!

Setiap kali solat, saya doakan semoga Allah mempermudahkan pencarian pesawat ini kerana….

Masih ada keluarga yang menanti..
Masih ada anak yang menunggu di rumah..

Yang penting MASIH ADA HARAPAN yang dibuat oleh ahli keluarga terbabit.



Banyak pihak-pihak berwajib atau pakar – pakar di bidang masing-masing , terutamanya pakar penerbangan memberi andaian yang agak  munasabah di dalam kehilangan pesawat ini. 
Namun tiada yang dapat dipastikan. Wallahu’allam.


Namun, jangan berhenti berharap & teruskan berdoa.

kerana..


Alhamdulillah for Everything Ya Allah..


-Diyana Rahman-

No comments: